SEREMBAN: Sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang menggunakan modus operandi mengikrarkan barang dagangan sebagai suplemen tumpas menerusi rampasan kokain seberat 88 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM17.6 juta pada 1 Ogos lalu. Ketua Pengarah Kastam, Datuk Zazuli Johan berkata, sindiket tersebut ditumpaskan menerusi serbuan pada pukul 8 malam dan anggotanya menyita empat buah kotak di Kompleks Kargo Udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, Selangor. Katanya, hasil pemeriksaan mendapati kesemua kotak…











