Kampung Orang Asli Mahmeri moden - Utusan Malaysia

Kampung Orang Asli Mahmeri moden

Orang Asli
SIDING Bujang menerima kunjungan calon BN di DUN Sijangkang, Mohd. Al Hafizi Abu Bakar dekat Kampung Sungai Bumbun, Pulau Carey di Kuala Langat, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Meskipun kedudukannya jauh dari kawasan pekan dan kemudahan awam seperti klinik kesihatan dan sebagainya, namun itu tidak menjadikan kampung Orang Asli suku Mahmeri dekat Pulau Carey di sini begitu terpencil.

Menurut Ketua Kampung Sungai Bumbun, Tok Batin Siding Bujang, 73, mereka antara yang menerima limpahan ekonomi daripada Kerajaan Persekutuan dan negeri sejak berpuluh tahun tinggal di situ.

“Orang kampung yang mensyukuri nikmat kemajuan sebagai rakyat Selangor yang mempunyai tanah sendiri. Kita bukan orang politik tetapi orang kampung yang tinggal di sini berpuluh tahun selepas ditempatkan di sini oleh kerajaan.

“Kampung kami asalnya dalam kawasan projek ladang kelapa sawit. Hasil bantuan kerajaan sebelum ini kampung kami dan kampung Orang Asli lain diwartakan menjadi kawasan petempatan penduduk seluas 320 ekar,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Terdahulu, beliau menerima kunjungan calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.51 Sijangkang, Mohd. Al Hafizi Abu Bakar yang meninjau dan bertemu penduduk di kampung berkenaan.

Siding menambah, antara kemudahan yang diterima mereka seperti jalan raya bertar, bekalan elektrik dan air bersih serta sambungan internet.

“Semua penduduk di sini boleh menikmati teknologi seperti tv dan telefon pintar. Dunia politik pun saya boleh ikuti di media sosial seperti orang di bandar,”katanya.

Sementara itu, Mohd. Al Hafizi berkata, orang asli di Pulau Carey terdiri daripada beberapa kampung seperti Kampung Orang Asli Kurau Sungai Judah dan Kampung Orang Asli Bakar Leleh.

“Kawasan Pulau Carey terdapat lebih 2,000 pengundi berdaftar termasuk lebih 500 pengundi muda. Maka kawasan ini termasuk antara kawasan tumpuan untuk kempen,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya