Jangan ganggu pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi - Mohd. Na'im

Jangan ganggu pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi – Mohd. Na’im

MOHD. NA'IM MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Semua pihak diseru tidak menimbulkan apa-apa polemik yang boleh menganggu-gugat matlamat murni pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar, kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia ((KPM) berhubung pelaksanaan modul itu jelas dinyatakan hanya disasarkan untuk guru dan murid beragama Islam.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memberikan sokongan penuh kepada pelaksanaan modul ini.

“Dalam kenyataan KPM juga menjelaskan pelaksanaan modul ini bertujuan menerapkan semangat ihsan, kasih sayang dan memperkasakan pemahaman agama dalam kalangan guru dan murid beragama Islam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Mohd. Na’im menyeru semua pihak memberikan penumpuan membangunkan negara khususnya pembangunan modal insan generasi madani seperti yang dihasratkan Perdana Menteri.

KPM dalam kenyataan semalam memaklumkan program rintis Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi akan dilaksanakan dengan melibatkan guru dan murid beragama Islam di 61 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan 228 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) seluruh negara.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, Kerajaan Perpaduan tidak pernah memaksa golongan bukan Islam untuk menghafal atau mendalami himpunan Hadis 40 Imam Nawawi.

Perdana Menteri berkata, sebaliknya modul penghayatan hadis itu hanyalah untuk guru serta pelajar beragama Islam, dan inisiatif menerbitkan semula koleksi hadis berkenaan adalah usaha emupuk kefahaman agama itu dalam kalangan umat Islam sendiri, terutamanya golongan anak muda. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya