Jalan gelap undang kemalangan

Jalan gelap undang kemalangan

KEADAAN ambulans yang melanggar kerbau di laluan gelap Jalan Ipoh-Lumut berhampiran Pusing di Batu Gajah, Perak, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU GAJAH: Kerajaan perlu memasang lampu di Jalan Ipoh-Lumut berhampiran Pusing, di sini bagi mengelak kemalangan di situ yang berpunca daripada laluan gelap.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Steven Tiw Tiee Siang berkata, kemalangan terbaharu kelmarin melibatkan sebuah ambulans yang melanggar seekor kerbau menunjukkan keperluan mendesak untuk kawasan tersebut diterangi lampu jalan.

Katanya, perkara itu sudah lama dibangkitkan namun tiada tindakan dilaksanakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kawasan ini memang selalu berlaku kemalangan. Sejak 15 tahun lalu, bancian dilakukan terhadap penggunaan jalan tersebut namun sehingga hari ini masih dalam keadaan gelap.

“Saya berharap kemalangan terbaharu melibatkan ambulans membawa pesakit kelmarin membuka mata pihak yang berkenaan untuk menaik taraf pencahayaan dengan menambah lampu jalan di kawasan tersebut,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau juga mahu pihak yang berkenaan mengetatkan penguatkuasaan terhadap haiwan tanpa pemilik berikutan kemalangan sebuah ambulans yang melanggar kerbau.

Dalam kemalangan kelmarin, empat individu termasuk seorang pesakit cedera apabila ambulans yang dinaiki mereka merempuh kawanan kerbau di Jalan Ipoh-Lumut.

Dalam kejadian sekitar pukul 10.30 malam itu, mangsa terlibat iaitu pemandu ambulans, pembantu perawat kesihatan, pembantu jururawat dan pesakit wanita terselamat.

Kemalangan berlaku ketika ambulans itu dalam perjalanan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×