ALOR SETAR: Tidak ada impian lain bagi seorang guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) untuk menyediakan kehidupan yang lebih selesa kepada isteri dan tiga anaknya jika kerajaan bersedia memberikan gaji tetap berbanding elaun yang diraih selama ini. Bercakap kepada Utusan Malaysia, guru lelaki berusia lewat 40-an yang hanya mahu dikenali sebagai Zarul berkata, sudah lama dia teringin untuk memiliki kediaman sendiri yang lebih sempurna atau setidak-tidaknya menyewa rumah yang…










