HPUniSZA mula dibuka suku kedua tahun hadapan - Utusan Malaysia

HPUniSZA mula dibuka suku kedua tahun hadapan

MOHAMED Khaled Nordin (kiri) meninjau fasiliti hospital selepas merasmikan Pengoperasian Klinik Pakar HPUniSZA di Kampung Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini. - UTUSAN/PUQTRAHAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (HPUniSZA) akan memulakan pengoperasian penuh menjelang suku kedua tahun hadapan.

Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, HPUniSZA bagaimanapun telah dibuka secara berfasa kepada pesakit luar sejak 1 Ogos lalu.

Beliau berkata, peringkat permulaan HPUniSZA dibuka kepada orang awam bagi rawatan pakar dan dijangka beroperasi sepenuhnya sebaik menerima baki kelengkapan serta peralatan pada suku kedua 2024.

“Saya percaya penubuhan HPUniSZA membantu mengurangkan kesesakan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSZN) serta mampu menangani cabaran yang dihadapi hospital awam,” katanya.

Mohamed Khaled berkata demikian selepas Majlis Perasmian Pengoperasian Perkhidmatan Klinik Pakar Pesakit Luar HPUniSZA di sini, hari ini.

Tambah beliau lagi, pengoperasian itu merupakan fasa pertama pembukaan HPUniSZA dengan tiga lagi fasa akan dilaksanakan termasuk perkhidmatan pembedahan, kecemasan dan trauma.

Menurut Mohamed Khaled, antara perkhidmatan yang telah dibuka kepada pesakit luar bermula 1 Ogos lalu adalah klinik ortopedik, oftalmologi, pediatrik dan psikiatri.

Sementara itu, dua lagi hospital pengajar di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dijangka dapat beroperasi selewat-lewatnya hujung tahun depan.

Beliau berkata, pengoperasian kedua-dua hospital pengajar berkenaan mengalami kelewatan selama dua tahun meskipun dilancarkan dalam tempoh sama dengan HPUniSZA.

“Ada masalah di peringkat pembinaan bagi dua projek itu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu selain kekurangan pekerja buruh dan faktor harga bahan binaan.

“Namun dua projek itu sedang berjalan dan saya percaya kementerian berkaitan sudah atasi isu yang timbul dan boleh disiapkan sebelum berakhir 2024,” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya