Gempa bumi lemah berukuran 3.7 skala Richter dikesan di Ranau - Utusan Malaysia

Gempa bumi lemah berukuran 3.7 skala Richter dikesan di Ranau

ANGGOTA bomba melakukan pemeriksaan bangunan di sekitar Pekan Ranau.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Tiada kerosakan struktur bangunan atau keretakan jalan berlaku susulan gempa bumi lemah berukuran 3.7 skala Richter yang berlaku di Ranau pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd. Taib berkata, pihaknya telah menjalankan pemantauan dan pemeriksaan bangunan di sekitar Pekan Ranau sebaik sahaja berlaku gegaran tersebut.

Setakat ini, tiada laporan mengenai kerosakan bangunan atau keretakan jalan diterima daripada orang ramai.

“Bilik kawalan BBP Ranau tidak menerima sebarang panggilan kecemasan berkaitan gempa bumi tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi berukuran 3.7 skala Richter dengan kedalaman lima kilometer itu dilaporkan berlaku pada pukul 7.13 pagi tadi.

Gempa bumi itu dilaporkan berlaku pada jarak 13 kilometer Barat Laut dari Ranau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya