Floor88, Masdo meriahkan ceramah Kerajaan Perpaduan

Floor88, Masdo meriahkan ceramah Kerajaan Perpaduan

ORANG ramai dihiburkan dengan acara konsert sebelum ceramah bermula.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG: Floor88 dan Kugiran Masdo antara kumpulan artis tempatan yang memeriahkan Ceramah Grand Finale Arus Merah Kuning di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) AU2, Keramat di sini, malam ini.

Ratusan penyokong Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) membanjiri pekarangan padang itu seawal pukul 8 malam.

Selepas konsert, beberapa pimpinan utama parti Kerajaan Perpaduan dijangka hadir bagi menyampaikan ceramah menjelang baki 24 jam sebelum hari pengundian enam pilihan raya negeri (PRN), Sabtu ini.

Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual tiba pada pukul 11 malam ini.

Anwar sebelum ini berkata, beliau dan Timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan sekali lagi turun berkempen malam ini bagi ‘mengajar pengkhianat’.

“Di mana-mana saya ajar, satu hal yang tidak boleh diizinkan, pengkhianatan dalam perjuangan. Sebab itu saya dan Datuk Seri Ahmad Zahid akan ke Hulu Kelang sekali pagi pada Khamis malam (malam ini) untuk mengajar si pengkhianat, Si Kitol dan Raja Mendeliar.

“Dalam sejarah budaya Melayu, tidak ampunkan pengkhianat,” katanya seperti dilapor.

Meskipun tidak menyebut sebarang nama, namun kenyataan itu dipercayai ditujukan kepada bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mendalangi ‘Langkah Sheraton’.

Mohamed Azmin mewakili Perikatan Nasional (PN) di DUN Hulu Kelang lawan calon PH, Juwairiya Zulkifli. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya