Fahmi Fadzil pertimbang fail saman terhadap pihak tabur fitnah

Fahmi Fadzil pertimbang fail saman terhadap pihak tabur fitnah

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil sedang mempertimbangkan untuk memfailkan saman terhadap pihak yang memfitnahnya berkait ucapan beliau ketika berada di Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang pada Ahad.

Pada masa sama, ahli Parlimen Lembah Pantai itu turut mengucapkan terima kasih kepada anak salah seorang kariah masjid berkenaan yang memuat naik video penuh ucapan beliau tentang kejadian tersebut.

“Saya sangat kesal dengan tindakan beberapa pihak yang cuba mempolitikkan isu ini (dengan) menabur fitnah dan saya kecam tindakan tersebut. Malah, saya sedang pertimbang untuk (memfailkan) saman fitnah.

“Saya akan teliti dan saman pihak yang menabur fitnah sedemikian. Insya-Allah, saya percaya kebenaran akan mengatasi fitnah politik yang sedang ditabur berleluasa pada waktu ini,” katanya menerusi sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama sempena Public Sector Day 2023 di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan JAIS mengesahkan menerima aduan berhubung gambar Fahmi berucap di ruang solat utama masjid berkenaan pada Ahad.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, siasatan lanjut akan dilakukan mengikut Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 kerana disyaki menghina pihak berkuasa agama.

Sebelum ini, tular gambar Fahmi di media sosial ketika berucap di sebuah masjid, bagaimanapun, Fahmi menerusi laman Facebook menafikan dakwaan bahawa beliau sedang berkempen.

Fahmi turut memberitahu dijemput oleh kariah masjid bagi mengulas berhubung isu kumpulan The 1975 dan pembatalan Festival Good Vibes.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, beliau sedia maklum mengenai kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan menyatakan kesediaan untuk memberikan kerjasama sekiranya dipanggil oleh pihak tersebut.

“Setakat yang saya semak saya belum (dihubungi) lagi, tapi Insya-Allah sekiranya dipanggil saya sedia untuk tampil,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya