Dua pemandu treler maut nahas tiga kenderaan - Utusan Malaysia

Dua pemandu treler maut nahas tiga kenderaan

KEADAAN kemalangan melibatkan dua buah treler dan sebuah pacuan empat roda di Kilometer 317.5, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di Tapah hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Dua pemandu treler maut dalam kemalangan membabitkan dua buah treler dan sebuah pacuan empat roda di Kilometer 317.5, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini petang tadi.

Mangsa yang maut ialah pemandu treler muatan tembikai, Jantan Arshad, 67, dan Nur Ihkwan Azami, 31, yang memandu treler muatan simen.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada pukul 5.12 petang.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah diatur gerak ke lokasi kejadian bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Kemalangan melibatkan dua buah treler muatan tembikai dan simen serta sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger.

“Pemandu treler muatan tembikai dan simen cedera parah akibat tersepit. Kita mengambil masa kira-kira sejam bagi mengeluarkan kedua-dua mangsa,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan manakala pemandu wanita pacuan empat roda berusia 46 tahun pula cedera.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tapah untuk rawatan lanjut.

“Operasi yang diketuai Ketua BBP Tapah, Nadzri Che Nordin selesai pada pukul 7.30 malam,” katanya.

Sementara itu, Plustrafik dalam ciapannya di laman Twitter pada pukul 7.38 malam memaklumkan kerja-kerja pengalihan kenderaan yang terlibat nahas sedang dijalankan.

Katanya, trafik arah utara terhenti dan sesak sehingga lima kilometer manakala laluan arah selatan pula sesak lapan kilometer.

“Pengguna jalan raya ke utara dinasihatkan keluar melalui Plaza Tol Tapah manakala arah ke Selatan, lorong paling kiri boleh dilalui,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya