Calon Bebas di Sungai Pelek janji tuntut keadilan mangsa rumah diroboh

Calon Bebas di Sungai Pelek janji tuntut keadilan mangsa rumah diroboh

NAGESWARAN Ravi mendengar pemasalahan penduduk Ladang Tumbuk yang dirobohkan kediaman mereka di Sepang. - UTUSAN/AMREE AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Nasib 30 orang penduduk Ladang Tumbuk yang kediaman mereka dirobohkan pihak tidak bertanggungjawab mendapat perhatian oleh Datuk Seri Nageswaran Ravi.

Calon Bebas tunggal untuk kerusi Sungai Pelek itu malah meluangkan masa lebih sejam menyantuni mereka yang terdiri daripada lapan keluarga kaum India di estet berkenaan.

“Penduduk di sini terkesan akibat rumah mereka sendiri diroboh oleh pihak tertentu dipercayai untuk satu projek pembangunan yang tidak diketahui,” katanya ketika ditemui ketika ‘turun padang’ melawat mangsa serta berjanji mencari keadilan.

Ditanya mengenai permasalahan di kawasan ladang itu, beliau berkata, penduduk terbabit memerlukan pembelaan sewajarnya namun setakat ini tiada siapa peduli nasib mereka.

Bahkan ujar Nageswaran, beliau terkejut dan sedih apabila diberitahu mangsa yang terlibat itu masih lagi tinggal di bawah khemah sementara sejak beberapa bulan lepas.

Difahamkan kawasan tanah pertanian terletak dekat Kampung Ulu Tris, Tanjong Sepat itu berkeluasan hampir 20 hektar dan dijual dengan harga yang mencecah lebih RM15 juta.

Tanah berstatus pegangan bebas bukan lot Bumiputera itu dikatakan bakal dibangunkan sebagai kawasan resort peranginan kerana kedudukan berhampiran dengan tepi pantai.

“Penduduk yang diusir paksa ini telah melancarkan mogok secara aman untuk mendapat perhatian pihak kerajaan negeri bagi segera campur tangan membantu mereka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya