Buruh kasar terjatuh dari bot express ditemukan terapung

Buruh terjatuh dari bot ekspress ditemukan terapung sejauh 9.6 kilometer dari lokasi

MAYAT mangsa dibawa ke lokasi operasi SAR untuk diserahkan kepada pihak polis dan hospital bagi tujuan pengecaman identity ahli keluarga mangsa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIBU: Seorang lelaki yang dilaporkan terjatuh dari sebuah bot express di Dermaga Ekspres Daro ditemukan terapung sejauh 9.6-kilometer dari lokasi kejadian.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sibu, Andy Alie berkata mayat ditemui terapung oleh orang awam di Batang Igan di sini kira-kira jam 8.40 pagi tadi.

“Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) telah bergegas ke lokasi bagi tujuan membawa mangsa menggunakan bot ke Pos Kawalan Bomba (PKB) di Wharf Ekspres Daro.

“Mangsa dijumpai dalam keadaan terlungkup dan hanyut 9.6 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh pada Sabtu, dan mayat mangsa telah dibawa menggunakan bot ke Pos Kawalan Bomba (PKB) di Wharf Ekspres Daro,” jelasnya.

Tambah Andy, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Mayat telah dibawa ke Hospital Sibu untuk proses pengecaman oleh ahli keluarga di Hospital Sibu.

“Dengan penemuan itu, operasi SAR hari ke-3 insiden berkenaan ditamatkan pada jam 9.30 pagi tadi,” ujarnya.

Dalam kejadian tengahari Sabtu lalu, mangsa dikenali sebagai Hii Kee Soon, 48 merupakan seorang buruh kasar dilaporkan terjatuh ke dalam sungai ketika mengangkat barang ke atas bot ekspres di Dermaga Ekspres Daro.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN