Bonda Sultan Terengganu mangkat - Utusan Malaysia

Bonda Sultan Terengganu mangkat

FATIMAH @ SHARIFAH NONG ALSAGOFF ABDILLAH 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Bonda kepada Sultan Terengganu, Tengku Besar Terengganu, Fatimah @ Sharifah Nong Alsagoff Abdillah, 84, mangkat pada pukul 3.17 pagi tadi.

Tengku Besar Terengganu mangkat di Kuala Lumpur dan dimakamkan di Makam Diraja Masjid Al-Muktafi Billah Shah, di sini, petang ini.

Datuk Pengelola Diraja, Datuk Mohd. Sopian Abu Bakar melalui satu kenyataan memaklumkan, jenazah Allahyarham  dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus dekat sini dengan pesawat khas.

“Seterusnya, jenazah akan dibawa ke Istana Al-Muktafi Billah, Kuala Terengganu dengan kereta jenazah untuk penghormatan terakhir.

“Selepas solat Asar dan solat jenazah, istiadat pemakaman akan dimulakan,” katanya.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin juga memperkenankan tempoh berkabung selama lima hari bermula hari ini.

Sehubungan itu, semua lelaki Melayu beragama Islam perlu memakai satu  inci lilitan kain putih pada songkok manakala lelaki bukan beragama Islam memakai memakai selilit kain hitam selebar tiga inci di lengan baju sebelah kiri dan memakai tali Ieher berwarna hitam.

Bagi perempuan Melayu beragama Islam, hendaklah memakai tudung berwarna putih manakala perempuan bukan Islam hendaklah memakai selilit kain hitam selebar tiga inci di lengan.

Majlis tahlil akan diadakan selama lima malam berturut-turut di Balai Islam, Istana Syarqiyyah, di sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya