SERAMAI 800 penduduk tempatan, masing-masing menerima sumbangan nasi beriani dari Bertam Resort & Water Park, Kepala Batas sempena program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di Masjid Jamek Tuan Samad Permatang Sungai Dua, Tasek Gelugor, Pulau Pinang baru-baru ini.
Pengurus resort itu, Siti Fatimah Packeer Mohd berkata, edaran pek makanan diberikan kepada anak kariah masjid sebelum dan selepas sembahyang Jumaat.
Katanya, 50 orang kakitangan Bertam Resort & Water Park hadir bagi melakukan kerja edaran makanan kepada penduduk.
“Inilah kali pertama pihak pengurusan Bertam Resort & Water Park melaksanakan program CSR dan usaha tersebut akan dibuat ditempat lain pula tidak lama lagi,” katanya lagi.
SEBAHAGIAN kakitangan Bertam Resort & Water Park bergambar sebelum menyerahkan pek makanan kepada penduduk di Masjid Jamek Tuan Samad Permatang Sungai Dua, Tasek Gelugor, Pulau Pinang baru-baru ini.-UTUSAN