Berjubah, serban dan hadir tempat maksiat satu kesalahan - Mufti Kelantan - Utusan Malaysia

Berjubah, serban dan hadir tempat maksiat satu kesalahan – Mufti Kelantan

Mohamad Shukri Mohamad
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menyifatkan individu termasuk pelajar dari pusat tahfiz yang berjubah dan memakai serban atau songkok hadir ke tempat maksiat tetap menjadi kesalahan.

Beliau berkata, hal ini kerana tiada istilah ‘pilih kasih’ dalam Rukun Islam.

Menurutnya, tidak wajar untuk golongan itu menghadiri program yang boleh menimbulkan kemaksiatan seperti konsert.

“Sekiranya kita hadir ke sesuatu konsert dan lupa kepada diri serta Allah SWT, maka ia tidak diizinkan.

“Kita sembahyang pun ingat kepada Allah, jadi konsert pun biarlah konsert yang mendekatkan diri kepada-Nya,” katanya selepas diminta mengulas isu pelajar tahfiz dijemput menghadiri konsert di ibu negara baru-baru ini.

Terdahulu beliau merasmikan Program Malaysia #QuranHour di Masjid Muhammadi di sini hari ini.

Sebelum ini, kecoh mengenai sekumpulan pelajar tahfiz yang diundang ke sebuah konsert di Shah Alam, Selangor pada Sabtu lalu.

Ramai yang mempertikai tindakan menjemput pelajar berkenaan yang dianggap tidak sesuai untuk menghadiri acara hiburan sebegitu.

Video tular di media sosial menunjukkan sekumpulan remaja pelajar tahfiz merupakan antara pengunjung yang menyaksikan konsert tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya