Bekas johan qariah tilawah al-Quran meninggal dunia - Utusan Malaysia

Bekas johan qariah tilawah al-Quran meninggal dunia

ROGAYAH SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Bekas johan qariah tilawah al-Quran peringkat kebangsaan, Datuk Rogayah Sulong, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, hari ini.

Beliau yang juga bekas Tokoh Wanita Terengganu 2010 menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 81 tahun akibat komplikasi buah pinggang.

Menurut anak Allahyarham, Mohd. Azahari Awang, 52, Rogayah meninggal dunia di HSNZ kira-kira 8.15 pagi tadi.

“Allahyarham sebelum itu dimasukkan ke hospital sejak dua hari lalu kerana tahap kesihatannya agak merosot.

“Walaupun kurang sihat, arwah tetap mengingati ayat-ayat suci al-Quran,” ujarnya ketika dihubungi Utusan Malaysia, hari ini.

Mohd. Azahari berkata, jenazah Allahyarham selepas itu dibawa pulang ke kediamannya di Kampung Durian Guling, Marang untuk dimandi dan dikafankan.

Menurutnya, Allahyarham kemudian akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Buluh Gading, dekat sini, selepas Zohor nanti.

Rogayah sebelum ini merupakan juara qariah kejohanan tilawah al-Quran peringkat kebangsaan pada 1963, 1973, 1974, 1978 dan 1979.

Malah Allahyarham turut bergelar johan tilawah al-Quran peringkat antarabangsa pada 1974 dan 1978. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya