Bawa watak pelacur, Amelia Henderson tak takut dikecam - Utusan Malaysia

Bawa watak pelacur, Amelia Henderson tak takut dikecam

PETALING JAYA 15 Feb 2023 - Amelia Anderson pada Malam Gala dan sidang media filem Didi & Friends yang diadakan di GSC The Starling Mall, Bandar Utama. - M Firdaus M Johari
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Amelia Henderson tidak risau sekirannya wataknya sebagai seorang pelacur dalam drama bersiri baharu, 1 Million Dollar Voice bakal menuai kecaman dan ‘kebencian’ segelintir warganet.

Jelasnya, adalah tidak logik untuk dia dikecam gara-gara watak yang dijayakan sementelah penonton kini sudah bijak sudah pandai menilai keberkesanan dan bakat seseorang pelakon.

“Saya bukan pelacur hanya kerana membawakan watak tersebut. Setiap penonton ada tanggungjawab untuk menilai watak menerusi lakonan saya. Kalau setiap kali saya bawa watak ‘gelap’ dan dibenci, itu tidak logik.

“Watak itu pun ada jalan cerita sendiri. Mengapa dia menjadi seorang pelacur? Apa yang membuatkan dia terperangkap dalam dunia itu? Saya tak takut pun jika dikecam kerana karakter.

“Saya terima watak ini kerana berbeza. Tak pernah ada produser yang menawarkan watak sebegini kepada saya. Emosi memang macam roller coaster bila bawa watak Zana ini,” kongsinya.

Drama yang turut menampilkan gandingan pelakon antaranya Emma Maembong, Lah Ahmad, Tracie Sinidol dan Layla Sania itu akan mula ditayangkan Isnin depan di Astro Ria.

Dalam pada itu, Amelia yang perlu menyanyi dalam drama tersebut juga mengharapkan agar penerimaan penonton terbuka terhadap nyanyiannya apatah lagi, dia bukan seorang penyanyi profesional.

“Dah lama sebenarnya saya tak menyanyi. Orang lebih nampak saya rapping. Bukan saya tak minat tau dunia nyanyian tetapi tak yakin lah. Dalam drama ini, saya kena menyanyi, menari dan berlakon seali.

“Kalau kata sampai masuk kelas vokal itu tidaklah. Ada enam lagu yang sudah dirakam, semua untuk program realiti yang menjadi jalan cerita utama drama tersebut,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya