Anwar ulangi gesaan minta rakyat tolak PN

Anwar ulangi gesaan minta rakyat tolak PN

ANWAR Ibrahim ketika hadir pada Ceramah Jelajah Perpaduan PMX di Kompleks Muhibbah Tanjung Sepat. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi gesaan agar pengundi di negara ini menolak Perikatan Nasional (PN) yang suka mengeksploitasi isu perkauman.

Beliau malahan mengajak rakyat khususnya di Selangor tidak mempedulikan tohmahan blok pembangkang itu yang didakwa cuba memecahbelahkan imej Kerajaan Perpaduan.

“Dia kata konon saya dikawal DAP dan setiap hari dia mahu rakyat kita yang dari pelbagai kaum bergaduh. Saya ingatkan mereka jangan bermain dengan isu sebegini,” tegasnya.

ANWAR Ibrahim berucap pada Ceramah Jelajah Perpaduan PMX di Kompleks Muhibbah Tanjung Sepat, Selangor. – UTUSAN/FAISOL MUSTAFA

Terdahulu, Anwar yang tiba dari berceramah di Morib dekat sini, tiba kira-kira pukul 10.30 malam untuk berucap pula pada Ceramah Jelajah Perpaduan PMX @ Tanjong Sepat.

Kehadiran beliau meskipun hanya 30 minit sebelum bergegas pula ke satu lagi program kempen di Semenyih selepas itu, disambut meriah lebih 1,000 penduduk pekan tersebut.

Mengulas lanjut, beliau turut mengingatkan pengundi tidak mengikut gaya pemimpin PN yang berani menghina institusi kesultanan dengan menyebar tohmahan berbaur fitnah.

“Bagi saya, orang sebegini jika salah, patut ditangkap dan dimasukkan ke penjara kerana mereka cuba rosak keharmonian antara kaum kita,” tambah beliau dalam nada semangat.

Ujarnya, PN turut sengaja cuba bermain sentimen untuk menaikkan kemarahan Melayu kepada Cina dan sebaliknya demi kepentingan politik sempit pada pilihan raya kali ini.

Pada akhir program itu, Anwar turut memperkenalkan calon-calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan dipilih untuk bertanding di kerusi Tanjong Sepat, Dengkil dan Sungai Pelek. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya