Allaudeen ganti Mohd Shuhaily sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur

Allaudeen ganti Mohd Shuhaily sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur baharu

MOHD. Shuhaily Mohd. Zain (kiri) menyerahkan tugas kepada Timbalan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Allaudeen Abdul Majid sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur baharu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Timbalan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Allaudeen Abdul Majid dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur berkuat kuasa hari ini.

Allaudeen menggantikan Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain yang dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman.

Penyerahan serah terima tugas itu berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen(IPK) di sini dengan disaksikan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad.

Azri berkata ucapan tahniah diucapkan kepada bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain atas perkhidmatan cemerlang dan khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang memikul tanggungjawab sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur. 

“Saya yakin, sepanjang beliau menerajui tampuk kepimpinan Polis Kuala Lumpur, beliau sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik demi keselamatan dan kesejahteraan bandaraya Kuala Lumpur. 

“Semoga pertukaran beliau ke tempat baharu selaku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM akan memberikan lebih peluang untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang dan terus menempa kejayaan,” katanya.

Dalam pada  itu, Mohd Shuhaily ketika ditemui berkata, cabaran yang lebih besar menunggu beliau selepas ini dan menzahirkan terima kasih diatas pelantikannya sebagai Pengarah JSJ baharu. 

“Ini adalah jawatan paling pendek saya pernah pegang sepanjang saya bekerja di mana saya berkhidmat cuma dua bulan 29 hari dan tidak sampai tiga bulan saya ditukarkan. 

“Saya akan bantu pasukan ini seperti mana amanat Ketua Polis Negara sebelum ini terutamanya dalam isu integriti. Semua ini sudah pasti saya akan laksana bersama-sama pucuk kepimpinan yang lain,” jelasnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya