Aleya luah segalanya agar kekal Waras - Utusan Malaysia

Aleya luah segalanya agar kekal Waras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUTAKHIR ini kita sering disajikan dengan pelbagai berita yang tidak dijangka dalam kalangan masyarakat akibat tekanan hidup yang tidak menentu. 

Dunia semakin tenat dengan pelbagai berita manusia yang hilang kewarasan sehingga menjejaskan jasmani mahupun rohani. 

Waras merupakan rilisan terkini Luncai Emas Sdn. Bhd. daripada Album: Joget Made In Malaysia yang disampaikan oleh penyanyi baharu , Aleya yang mengangkat permasalahan ini. 

Aleya berasal dari Sandakan, Sabah ialah seorang pelajar jurusan Diploma Seni Muzik tahun keempat di Kolej Pengajian Seni Kreatif, Universiti Teknologi Mara (UiTM). 

Penerbitan single Waras ini adalah kerjasama daripada pensyarah serta pelajar Kolej Pengajian Seni Kreatif UITM yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Ahmad Rithaudin Md. Noor selaku penerbit lagu. 

“Bagi saya, setiap ayat yang disampaikan dalam lagu ini dapat mewujudkan kesedaran dan kewarasan kepada diri saya. 

“Pensyarah saya iaitu Alwagera menjadi sumber inspirasi saya untuk lebih sedar akan keseronokan dunia. Bahayanya keseronokan dunia sekiranya kita leka dalam kehidupan. 

“Saya amat berharap lagu ini disukai ramai dan mendapat sokongan bagi membantu saya untuk berjaya dalam bidang yang diceburi,” katanya.

IRAMA JOGET

Komposer lagu ini, Alwagera berkata, dia mendapat ilham berdasarkan kisah mereka yang dilanda kesempitan hidup mahupun dalam keadaan tertekan sehingga hilang waras. 

“Saya dan penggubah; Affan serta kumpulan produksi, memilih untuk membuat suatu kelainan iaitu menggabungkan elemen pop, rock, EDM dan joget agar mudah diterima ramai. 

“Produksi lagu telah mengambil tempoh dalam sebulan lebih termasuk proses rakaman,” jelas Alwagera. 

Penerbit Album Joget : Made In Malaysia, Keon Omar menjelaskan tujuan utama penerbitan lagu-lagu joget dendangan penyanyi muda di dalam album ini adalah bagi mendekatkan mereka dengan irama tradisi joget ini. Walaupun kontemporari, asas muzik joget tetap ada. 

Penggambaran muzik video bagi single ini dijalankan dengan arahan Azlan Syah Rashid, seorang pensyarah Fakulti Filem, Teater & Animasi di Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM. 

Waras berpotensi menjadi lagu yang diminati oleh semua golongan. Boleh didengari dalam semua platform streaming seperti Spotify, Apple Music, Joox, iTunes dan video muziknya juga boleh ditonton dalam saluran Youtube Luncai Emas. 

Luncai Emas Sdn. Bhd. berharap usaha album joget ini akan mendapat sokongan semua golongan peminat tidak kira tua dan muda.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya