KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tiba di pekarangan Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini sekitar pukul 9.45 malam tadi.
Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) hadir malam ini bagi mengikuti perkembangan keputusan enam pilihan raya negeri (PRN) bersama pimpinan Kerajaan Perpaduan yang lain.
Selain Ahmad Zahid, antara pemimpin yang tiba sejak pukul 7 petang tadi ialah dua Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani serta Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.
Selain itu, turut hadir Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Nga Kor Ming; Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh serta Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli Abd. Halim.
Pada masa sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dijadual hadir pada program malam ini.
Namun, kelibat Pengerusi PH dan Pengerusi BN itu masih belum kelihatan setakat ini.-UTUSAN