891 laporan polis dalam Op PRN 

891 laporan polis dalam Op PRN 

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima sebanyak 891 laporan dalam Op Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri sejak 27 Julai lalu hingga semalam. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata, daripada jumlah itu, 226 daripadanya adalah dari Kedah, 13 dari Pulau Pinang, Selangor (335), Negeri Sembilan (75), Terengganu (150) dan 92 lagi dari Kelantan.

“Setakat ini tangkapan membabitkan enam orang manakala sejumlah 1,772 ceramah diadakan dengan permit dan sebanyak 47 kertas siasatan dibuka.

“Berdasarkan statistik harian semalam, sebanyak 137 laporan polis diterima, 385 ceramah yang diadakan dengan kebenaran permit,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya