4,140 anak sahabat AIM dapat manfaat tuisyen percuma - Utusan Malaysia

4,140 anak sahabat AIM dapat manfaat tuisyen percuma

WAN Azizah Wan Ismail (tengah) bergambar bersama usahawan AIM selepas merasmikan Program Tuisyen Untuk Anak Sahabat Usahawan AIM di Kuala Nerus, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS : Seramai 4,140 anak sahabat usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dari seluruh negara mendapat manfaat melalui program tuisyen percuma yang dilaksanakan sejak Julai tahun lalu.

Pengarah Urusan AIM, Shamir Aziz berkata, sasaran utama program itu bertujuan meningkatkan penguasaan dalam dua mata pelajaran teras iaitu Matematik dan Bahasa Inggeris.

Menurutnya, selama ini AIM hanya tertumpu kepada pinjaman perniagaan namun kali ini, tuisyen percuma diperkenalkan sebagai nilai tambah kepada sahabat-sahabat usahawan AIM seluruh Malaysia.

“Sebanyak RM1.2 diperuntukkan bagi program ini dan setakat ini, terdapat 133 pusat tuisyen melibatkan 197 tenaga pengajar yang mengajar secara sukarela. 

“Fokus utama kita untuk murid Tahun Lima dan Tahun Enam agar dapat mengikuti kelas tuisyen dengan bimbingan tenaga pengajar yang berpengalaman dalam bidang pendidikan. 

“Hanya dengan pendidikan, anak-anak ini akan dapat mengubah kehidupan mereka dan tidak lagi mewarisi kemiskinan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian peluncuran program tuisyen untuk anak sahabat AIM di sini, hari ini.

Majlis perasmian itu disempurnakan oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pusat tuisyen itu beroperasi di pejabat AIM selepas pukul 5 petang dan anak-anak turut disediakan makanan berkhasiat oleh kelab usahawan AIM.

“Tenaga pengajar iaitu guru sekolah dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi pula menerima sedikit token sebagai tanda penghargaan AIM kepada khidmat bakti mereka,” katanya.

WAN Azizah Wan Ismail (tengah) bergambar kenangan bersama para usahawan yang hadir selepas merasmikan Program Tuisyen Untuk Anak Sahabat Usahawan AIM di Kuala Nerus, hari ini. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya