40 ADUN Pulau Pinang angkat sumpah 29 Ogos ini - Utusan Malaysia

40 ADUN Pulau Pinang angkat sumpah 29 Ogos ini

CHOW KON YEOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Kesemua 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang akan mengangkat sumpah pada 29 Ogos ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, majlis mengangkat sumpah itu akan diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini.

“Majlis mengangkat sumpah bagi semua 40 ADUN adalah tertakluk kepada notis yang diserahkan kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak untuk diluluskan.

“Sesi mengangkat sumpah tersebut dijadualkan pada 29 Ogos ini,” katanya selepas merasmikan Penganjuran STEM Showcase 2023 sempena Minggu Sains Negara (MSN) 2023 peringkat Pulau Pinang, di sini hari ini.

Gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berjaya menubuhkan Kerajaan Perpaduan di Pulau Pinang selepas memenangi majoriti dua pertiga iaitu 29 kerusi daripada 40 kerusi yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos lalu.

Pada 16 Ogos lalu, seramai 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang baharu mengangkat sumpah di hadapan Tun Ahmad Fuzi di Dewan Sri Pinang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya