4 lagi sistem pemantauan air spektrum gamma akan dipasang di perairan negara - Utusan Malaysia

4 lagi sistem pemantauan air spektrum gamma akan dipasang di perairan negara

CHANG Lih Kang (tiga dari kanan) menyaksikan perasmian STEM Showcase '23 sempena Minggu Sains Negara Peringkat Pulau Pinang, di Sekolah Menengah Persendirian Han Chiang, George Town, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Kerajaan akan memasang empat lagi sistem pemantauan air spektrum gamma (sensor gamma spectrum water monitoring system) di perairan negara bagi mengesan sebarang sisa radioaktif di kawasan laut.

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Chang Lih Kang berkata, pada masa ini, sistem pemantauan air spektrum gamma tersebut telah dipasang di perairan Sabah dan mampu mengesan sekiranya terdapat sisa radioaktif di kawasan perairan negara.

“Kita merancang memasang empat lagi pemantauan air spektrum gamma di perairan negara, nanti kita akan tetapkan di lokasi mana ia dipasang.

”Selain Malaysia, Singapura dan Vietnam sahaja mempunyai pemantauan air spektrum gamma dan Malaysia adalah negara ketiga yang memasang peralatan ini,” katanya selepas menghadiri STEM Showcase ’23 sempena Minggu Sains Negara Peringkat Pulau Pinang, di sini hari ini.

Yang turut hadir merasmikan majlis tersebut ialah Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Jepun dilaporkan mula melepaskan air radioaktif yang dirawat daripada loji nuklear Fukushima ke Lautan Pasifik biarpun rancangan itu mendapat kritikan hebat dan sekatan import makanan laut oleh China, Korea Utara dan Hong Kong.

Laporan oleh Reuters berkata, kumpulan nelayan Jepun sendiri mengakui mereka bimbang pelepasan air itu akan mendorong kepada kemusnahan reputasi sektor makanan laut negara itu.

Bagaimanapun, di sebalik pelbagai bantahan itu, Jepun kekal dengan pendiriannya dan menyifatkan tindakan melepaskan air radioaktif itu adalah selamat.

Menurut Lih Kang, pemantauan tahap radioaktif di perairan negara dibuat selama 24 jam menerusi peralatan tersebut selepas Jepun mula melepaskan air radioaktif yang dirawat daripada loji nuklear Fukushima ke Lautan Pasifik.

“Malaysia mengambil berat dengan situasi yang berlaku di Jepun dan kita selalu memantau perairan negara.

”Menerusi data yang kita peroleh daripada Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), setakat ini menunjukkan air radioaktif yang dilepaskan di bawah tahap yang selamat, tetapi kita mengambil berat dan prihatin dengan kebimbangan rakyat negara ini,” katanya.

Tambahnya, pada masa ini tidak ada sebarang sisa radioaktif dikesan di perairan negara.

”Sekiranya ada tahap radioaktif yang tidak normal kita akan tahu dengan adanya pemantauan air spektrum gamma,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya