11 MoU antara MACEE dan universiti Malaysia

11 MoU antara MACEE dan universiti Malaysia

ABDUL Razak Jaafar (tengah) hadir menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Suruhanjaya Pertukaran Pendidikan Malaysia-Amerika (MACEE) dengan universiti awam dan swasta Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pertukaran Pendidikan Malaysia-Amerika (MACEE) memeterai 11 memorandum persefahaman (MoU) dengan pelbagai universiti awam dan swasta Malaysia dalam usaha untuk meningkatkan kerjasama dan memupuk pertukaran peluang akademik antara Malaysia serta Amerika Syarikat.

MoU itu ditandatangani Universiti Malaya, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Turut menyertai MoU ialah Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Universiti Multimedia, Universiti UCSI, Universiti Nilai, Universiti Antarabangsa INTI dan Kolej Universiti Southern.

Pengarah Eksekutif MACEE, Curtis Johnson berkata, MoU itu menunjukkan usaha bersepadu untuk memperkukuh hubungan antara Malaysia dan Program Fulbright sejajar usaha mewujudkan sejarah pertukaran pendidikan dan budaya antara kedua-dua buah negara.

Beliau berkata, MoU itu menandakan komitmen universiti di negara ini dan MACEE untuk mewujudkan peluang pendidikan sekali gus memberi manfaat kepada pelajar dan ahli akademik pada antara Malaysia dan Amerika Syarikat.

“Di samping memupuk pertukaran akademik, kerjasama penyelidikan dan program bersama, MoU ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan menggalakkan persefahaman budaya antara dua negara.

“MoU ini menandakan langkah pertama dalam siri inisiatif kerjasama yang dijangkakan pada tahun ini dan akan datang. Perkongsian itu dijangka membuahkan hasil akademik dan budaya yang berkekalan hubungan yang memperkaya landskap pendidikan di kedua-dua negara,” katanya dalam kenyataan.

Johnson berkata, memandangkan MACEE meraikan ulang tahunnya yang ke-60, pemeteraian  MoU itu adalah satu tanda bahawa universiti Malaysia sedang melabur dalam pertumbuhan hubungan antarabangsa terutamanya dengan Amerika Syarikat.

“Saya berharap melalui kerjasama ini, kita akan memperkasa generasi akan datang khususnya dalam kalangan pelajar dan ahli akademik Malaysia dan Amerika Syarikat untuk terus menghayati ‘Pendidikan Diplomasi’ serta terus memupuk persefahaman yang lebih erat antara negara melalui kecemerlangan akademik,” katanya.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Abdul Razak Jaafar berkata, perkembangan berkenaan menjadi satu jambatan antara Malaysia dan Amerika Syarikat dalam meneruskan program Fulbright sebagai salah satu pertukaran utama program di Malaysia melalui kerjasama penyelidikan selama 60 tahun, pelajar dan sarjana serta pertukaran budaya.

“Dengan memecahkan halangan dan membuka pintu peluang, kami berhasrat memperkasa minda generasi muda dengan platform diperlukan mereka untuk membentuk hari esok yang lebih cerah,” tambahnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya