Yak Yak Yeay bergema, Bell Ngasri bintang paling popular - Utusan Malaysia

Yak Yak Yeay bergema, Bell Ngasri bintang paling popular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Laungan Yak Yak Yeay menggamatkan Panggung Sari, Istana Budaya apabila pelakon dan pelawak, Bell Ngasri, 42, merangkul trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular ke-35 malam tadi.

Bell atau nama sebenarnya Nasrizal Ngasri, 43, merangkul gelaran tersebut menewaskan pencabar terdekatnya seperti Aina Abdul, Anna Jobling dan Khai Bahar.

“Saya adalah orang yang pernah cakap tak perlu populariti. Saya tak bergantung kerana populariti dan masih di sini setelah 37 tahun.

“Saya hanya membawa watak kecil. Kalau di majlis (anugerah), saya perlu hiburkan orang ketika iklan. Tapi saya percaya ada orang yang minat,” ucapnya di pentas kemenangan.

Bell turut mendedikasikan kemenangan ini buat ibunya, Habibah Jaafar dan sutradara tersohor, Allahyarham Mamat Khalid.

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada emak daripada saya enam tahun, bawa angkut naik bas mini bagi susu dalam bas dan suruh berlakon.

“Sebenarnya ini permintaan dia juga untuk tengok anaknya jadi pelakon. Begitu juga watak Barkoba, terima kasih arwah Mamat Khalid,”

Dalam malam bersejarah ini, Bell turut memenangi kategori Pelakon Komedi Popular mengalahkan Zizan Razak, Syahmi Sazli, Johan dan Jaa Suzuran.

Kali terakhir dia menerima anugerah adalah Anugerah Skrin 1998, menerusi kategori Aktor Pembantu Terbaik.

Bertemakan Ekspresi Legasi Seni, ABP ke-35 mempertaruhkan 12 kategori utama dan tujuh kategori Ekstra!

Berbeza dengan format penjurian sebelum ini, pemenang malam ini ditentukan dengan 70 peratus undian penonton dan 30 peratus daripada juri profesional.

Berikut adalah senarai penuh pemenang ABP35

1. BBNU Lelaki Popular – Amir Ahnaf
2. BBNU Wanita Populär – Anna Jobling
3. TikTokers Popular – Sally Whoo
4. Penyanyi Lelaki Popular – Khai Bahar
5. Penyanyi Wanita Popular – Aina Abdul
6. Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular – Dolla
7. Aktor Filem Popular – Beto Kusyairy
8. Aktres Filem Popular – Sophia Albarakbah
9. Aktor TV Popular – Meerqeen
10. Aktres TV Popular – Anna Jobling
11. Penyampai Radio Popular – Tyzo
12. Pengacara TV Popular – Elly Mazlein
13. Artis Komedi Popular – Bell Ngasri

Pemenang kategori Ekstra!

1. Couple Tv Popular – Meerqeen & Anna Jobling (Melur Untuk Firdaus)
2. Couple Filem Popular – Datuk Aaron Aziz & Nadiya Nisaa (Dekatnya Cinta)
3. Drama Popular – Melur Untuk Firdaus
4. Lagu Paling Boom Popular – Terus Hidup (Aina Abdul)
5. Content Creator Popular – Alieff Irfan
6. Tiktokers Popular – Sally Whoo
7. Lawak Viral Popular – Syahmi Sazli, Hasif dan Yoe Parey

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya