BALING: Seorang warga emas yang dilaporkan hilang sejak Selasa lalu ditemukan tersepit dalam keretanya setelah kenderaan itu dipercayai terbabas kemalangan di kawasan cerun di Jalan Bukit Selambau-Kuala Ketil berdekatan Taman Chempaka, pagi semalam. Ketua Polis Daerah, Superintenden Shamsudin Mamat berkata, mangsa, Che Ishak Shaari, 72, dari Kampung Pantai Cicar, Kuala Ketil ditemukan selamat oleh orang awam dalam kereta jenis Proton Iswara pada pukul 7.45 pagi. “Sebelum ini polis menjalankan siasatan…











