Warga asing tanpa lesen bebas tunggang motosikal - Utusan Malaysia

Warga asing tanpa lesen bebas tunggang motosikal

HERMAN bersama motosikal jenama Honda yang dibeli untuk memudahkan pergerakannya ketika ditemui di Sungai Petani, Kedah. – UTUSAN/OTHMAN YAHAYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Mudah bergerak dari satu tempat ke tempat lain kerana bekerja sebagai tukang rumah antara alasan popular warga asing khususnya rakyat Indonesia untuk membolehkan mereka memiliki motosikal sendiri.

Malah tidak memiliki lesen memandu yang sah atau perlindungan insurans bukanlah halangan besar untuk mereka bebas menunggang motosikal berjenama dan keluaran terkini.

Seorang warga Indonesia yang mahu dikenali sebagai Herman berkata, dia membeli sebuah motosikal terpakai ke­rana bekerja dalam bidang pembinaan yang memerlukannya berpindah-randah ke sana sini.

“Saya memiliki motosikal jenama Honda sejak lima tahun lalu kerana merasakan ia perlu dijadikan kenderaan peribadi berbanding menggunakan pe­ngangkutan awam.

“Saya tinggal di daerah Kuala Muda sejak lebih 15 tahun lalu, jadi saya memang mahir menggunakan laluan pintas berban­ding jalan biasa bagi mengelak ditahan pihak berkuasa,” kata­nya ketika ditemui semalam.

Kata Herman, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, keba­nyakan rakan senegaranya membeli motosikal terpakai secara tunai daripada penduduk tempatan yang telah lama dikenali.

Jelasnya, hampir semua rakannya yang memiliki motosikal di daerah itu tidak mempunyai dokumen perjalanan sah selain tamat tempoh kerana tidak memperbaharui­nya.

“Memiliki kenderaan sendiri merupakan salah satu cara mengelak ditahan pihak berkuasa berbanding menggunakan pengangkutan awam,” katanya.

Tambahnya, pekerja kilang warga Vietnam juga semakin ramai memiliki motosikal sendiri untuk ke tempat kerja.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan pula berkata, pihaknya sering me­lakukan sekatan jalan raya untuk mengesan warga asing yang menunggang motosikal tanpa lesen dan perlindungan insurans.­

Katanya jika melakukan kesa­lahan, motosikal itu akan disita dan penunggang dikompaun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN