KUALA LUMPUR: Penyanyi, Wany Hasrita, 30, selamat melahirkan anak perempuan tepat pukul 7.14 malam, semalam.
Berita gembira itu dikongsikan penyanyi lagu Menahan Rindu itu menerusi Instagramnya petang tadi.
“Alhamdulillah, Wany telah selamat melahirkan puteri kami pada Sabtu, pukul 7.14 malam secara normal. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kami.
“Anak ibu semoga menjadi anak solehah penyejuk mata, penenang jiwa, pengerat cinta ibu dan bapa.
“Membesar dengan sihat dan jadilah orang yang memberi manfaat kepada orang lain. ibu love you,” tulisnya.
Terdahulu, Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah sah bergelar isteri kepada juruterbang, Mohd. Al-Adib Fahmi Harun pada Julai tahun lepas.