'Tukarlah siapa pun, DAP tetap DAP' - Wan Saiful

‘Tukarlah siapa pun, DAP tetap DAP’ – Wan Saiful

WAN SAIFUL WAN JAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Tiada perbezaan meskipun terdapat pertukaran calon Ketua Menteri Pulau Pinang kepada individu lain kerana yang kekal mentadbir di negeri itu tetap DAP. 

Dakwa bekas Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan, ia berikutan khabar angin kini bertiup kencang apabila jawatan Ketua Menteri itu ingin ditukar kepada ahli parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim yang sebelum ini disandang Chow Kon Yeow. 

“Ada khabar mengatakan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, YB Steven Sim, akan bertanding peringkat DUN dalam PRN nanti. 

“Katanya, tujuan langkah ini adalah untuk menukar Ketua Menteri Pulau Pinang, kerana Chow Kon Yeow gagal memimpin negeri itu.

“Tukarlah calon Ketua Menteri kepada siapa pun, saya yakin rakyat Pulau Pinang tahu bahawa DAP tetap DAP,” katanya. 

Beliau berkata demikian menerusi posting dalam laman sosial Facebooknya, hari ini. 

Dakwa Wan saiful lagi, khabar angin itu hanyalah dikatakan perbincangan dalaman parti itu sahaja. 

namun katanya, ia sebenarnya menunjukkan perpecahan dalaman parti. 

“Depa (mereka) tidak sembang secara terbuka. 

“Tetapi ini akan membawa kepada perpecahan dalam DAP juga,” ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN