Tindakan penggantungan keahlian Shahelmey

Tindakan penggantungan keahlian Shahelmey dibuat secara dalaman

AHMAD ZAHID HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Keputusan mengenai status keahlian Ahli Parlimen Putatan, Datuk Shahelmey Yahya dibuat secara dalaman maka, tiada keperluan mengeluarkan surat terhadap ahli UMNO yang digantung.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan telah diambil secara dalaman oleh pimpinan UMNO dalam menyelesaikan isu berkenaan.

“Untuk beliau (Shahelmey) di peringkat nasional, beliau merupakan ahli Parlimen dalam kerajaan perpaduan dan di peringkat negeri, beliau adalah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), yang juga mewakili kerajaan perpaduan,” katanya selepas majlis penutupan Kemuncak Koperasi Belia Asia Pasifik, di sini hari ini.

Menurut Ahmad Zahid, biarpun kalau diikutkan keahlian Shahelmey itu sepatutnya digugurkan secara automatik kerana telah melakukan kesalahan namun, atas semangat dalam kerajaan perpaduan maka, hanya tindakan secara dalaman sahaja yang diambil.

Justeru, tiada keperluan mengeluarkan surat hitam putih mengenai tindakan penggantungan keahlian tersebut.

Pada Rabu, Shahelmey menyatakan beliau masih belum menerima surat rasmi mengenai tindakan penggantungan keahliannya dalam UMNO sehingga sekarang.

Pada 18 Mac lalu, Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengumumkan keahlian Shahelmey digantung selama enam tahun susulan tindakan Shahelmey menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah semasa berlaku kemelut politik pada Januari lalu.

Semasa kemelut politik dikenali sebagai Langkah Kinabalu itu berlaku, Shahelmey bersama tiga ADUN UMNO iaitu Datuk James Ratib (Sugut), Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit) dan Datuk Mohd. Arsad Bistari (Tempasuk) bertindak membelakangkan keputusan pimpinan UMNO Sabah yang menarik sokongan daripada Hajiji. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN