Tapak pelupusan sampah terbakar - Utusan Malaysia

Tapak pelupusan sampah terbakar

ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran di tapak pelupusan sampah di Kampung Mak Chili, Kemaman, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Lebih satu hektar kawasan tapak pelupusan sampah milik Majlis Perbandaran Kemaman di Kampung Mak Chili, dekat sini, terbakar sejak Selasa lalu 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Zailani Abdullah berkata, tapak pelupusan sampah itu dipercayai terbakar akibat  aktiviti pembakaran sampah secara tanpa kawalan oleh pencari barangan terpakai di kawasan itu. 

“Kebakaran itu menyebabkan lebih lima tan metrik sampah di kawasan ini terbakar dan kita berusaha memastikan kebakaran kawasan ini tidak merebak ke kawasan lain. 

“Kita menggunakan teknik ‘fire break’ dan pemadaman dibantu dengan penggunaan jentera berat untuk mengorek kawasan yang terbakar yang berada di bawah timbunan sampah,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini, hari ini. 

Mohd. Zailani berkata, kesukaran mendapatkan bekalan air di kawasan itu turut menyukarkan kerja-kerja pemadaman. 

“Kita terpaksa menggunakan sistem ‘relay pumping’ untuk menghantar air dari kawasan perumahan berdekatan iaitu Taman Desa Solehah yang jaraknya kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian. 

“Kita jangka kerja-kerja pemadaman yang dilakukan 16 anggota bomba ini mengambil masa kira-kira dua hari lagi untuk dipadamkan sepenuhnya,” katanya. 

Mohd Zailani berkata, berdasarkan pemeriksaan yang dilakukan Jabatan Alam Sekitar, kualiti udara di kawasan itu masih berada di tahap baik dan tidak menjejaskan kawasan penduduk. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya