TUMPAT: Seorang pelajar rabun Ahmad Ilham Mohamad, 21, memperoleh keputusan cemerlang dengan mendapat Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.25 pada peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).
Dia yang mengalami masalah rabun sejak kecil itu menyifatkan kejayaan tersebut sebagai hadiah ‘mahal’ kepada ibu.
Selain itu dia turut menghadiahkan keputusan cemerlang tersebut kepada ayahnya yang telah banyak berkorban sebelum ini.
“Sebelum ini saya mengikuti pengajian Pendidikan Khas di Setapak, Kuala Lumpur bermula tingkatan satu hingga lima. Kemudian, saya menyambung pengajian tingkatan enam belajar di St.John’s Institution, Kuala Lumpur.
“Disebabkan kesihatan ibu yang tidak mengizinkan, saya mengambil keputusan pulang ke kampung untuk menjaganya dengan dengan menumpang sementara di SMK Tumpat pada Jun tahun lalu,” katanya. –UTUSAN