SPRM sudah terima nama pegawai JPN

SPRM sudah terima nama pegawai JPN

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan sudah menerima nama pegawai Jabatan Perdaftaran Negara (JPN) yang dipercayai terlibat meminta sejumlah wang bagi kelulusan permohonan warganegara.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya akan meneliti maklumat itu terlebih dahulu untuk siasatan selanjutnya.

“Nama itu (pegawai JPN) telah diberi dan pegawai saya sudah menerima nama itu.

“Biar saya periksa dahulu maklumat itu termasuk berapa ramai dan sebagainya. Kami tidak akan menangguhkan siasatan kes ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Penutup Program Pemantapan Rakan Strategik Media SPRM 2023 di sini hari ini.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan bahawa pihaknya sudah menyerahkan nama seorang pegawai JPN kepada SPRM bagi membantu siasatan kes itu.

Sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan wujudnya amalan salah laku dalam kalangan pegawai JPN berhubung permohonan kewarganegaraan.

Berhubung isu ahli politik melindungi sindiket judi atas talian pula, Azam berkata, kes itu masih dalam siasatan dan maklumat berkaitan mengenainya tidak boleh dikongsi buat masa ini.

“Pegawai-pegawai saya sedang mendapatkan maklumat dan mengambil keterangan berhubung perkara itu,” katanya.

Azam sebelum ini mengesahkan lebih daripada seorang ahli politik disyaki melindungi kegiatan judi haram dalam talian di negara ini dan ia kini dalam radar siasatan SPRM.

Pada 15 Jun lalu, Saifuddin ketika menjawab soalan pada Waktu Pertanyaan Menteri mengesahkan kegiatan perjudian dalam talian haram di negara ini dinaungi pemimpin politik, dan ia menjadi kekangan terbesar kepada Polis Diraja Malaysia (PRDM) dan kerajaan untuk membanteras jenayah itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya