SPR bermesyuarat 3 Ogos tentukan tarikh PRK Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram

SPR bermesyuarat 3 Ogos tentukan tarikh PRK Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram

SEJUMLAH 12,915 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 763 orang pemilih bertukar status atau kategori pengundi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 3 Ogos iaitu Khamis depan bagi menentukan tarikh-tarikh penting berhubung Pilihan Raya Kecil penting (PRK) Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram, Johor.

Setiausahanya, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, SPR menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul hari ini berhubung dengan kekosongan luar jangka kerusi Parlimen berkenaan.

Pada masa sama, katanya, pihaknya turut menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Negeri Johor, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berhubung dengan kekosongan luar jangka kerusi DUN tersebut.

“Selaras dengan Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan dan Fasal (5) Perkara 23 Bahagian Kedua, Undang-Undang Negeri Johor, Undang-Undang Tubuh Kerajaan 1895 memperuntukkan kekosongan luar jangka kerusi Parlimen P.161 Pulai dan Dewan Negeri N.13 Simpang Jeram perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan kerusi tersebut.

“Mesyuarat Khas tersebut akan dipengerusikan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh, di mana tarikh-tarikh penting PRK.

“Ini seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut akan dibincangkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ikmalrudin berkata, satu sidang media akan diadakan sejurus selepas Mesyuarat Khas tersebut.

SPR turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub atas kembalinya ke rahmatullah pada 23 Julai lalu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu meninggal dunia pada 9.23 malam pada usia 61 tahun akibat pendarahan otak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya