Siti Nurhaliza, Amy Search bakal gegar Festival Muzik KEPCI - Utusan Malaysia

Siti Nurhaliza, Amy Search bakal gegar Festival Muzik KEPCI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Membariskan penghibur-penghibur kelas pertama negara, Festival Muzik KEPCI 2023 bakal menjadi acara yang paling dinantikan, tahun ini.

Festival yang dijadualkan berlangsung pada tiga tarikh berbeza itu antara lain menampilkan penyanyi kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, Datuk Amy Search, Ella, Misha Omar, Bunkface dan ramai lagi.

Tiga lokasi dipilih bagi penganjuran ini antaranya Stadium Melawati Shah Alam pada 26 Ogos, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun, Kota Kinabalu Sabah (6 Oktober) dan Stadium Larkin, Johor Bahru (21 Oktober).

Festival yang julung kali diadakan ini juga bakal digegarkan dengan kemunculan penghibur-penghibur generasi baru tempatan antaranya Dolla, Bunga Isme, COEX, Masdo, MK (K-Clique), Yonnyboii dan ramai lagi.

Acara ini juga bakal dimeriahkan dengan permainan dan persembahan kebudayaan yang menarik dan menyeronokkan.

Bagi yang ingin menyaksikan persembahan istimewa sempena festival itu nanti perlu membeli Set Kombo Festival Muzik KEPCI di mana-mana restoran, laman web atau aplikasi KFC dan lampirkan resit pembelian ke laman sesawang www.kepcimusicfest.com.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya