Pada November 2022, laungan reformasi bergema di pejabat Anwar di Jalan Gasing, selepas Istana Negara mengumumkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10. 

PRN: Penyokong PN laung ‘reformasi!’ 

ANTARA penyokong Perikatan Nasional (PN) yang berada di dalam pusat penamaan calon di Sekolah Agama Menengah Hulu Langat, Batu 10, Cheras. - UTUSAN/MOHD. FARIZWAN HASBULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHERAS: Situasi selepas penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua kelihatan tegang apabila kumpulan penyokong Perikatan Nasional (PN) melaungkan perkataan ‘reformasi’ secara berulang.  

Keadaan itu tercetus selepas penyokong PN berarak keluar daripada pusat penamaan calon di Sekolah Agama Menengah Hulu Langat, Batu 10, Cheras, melalui jalan raya yang mana terdapat tempat berkumpul khas Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH). 

Utusan Malaysia mendapati, kumpulan penyokong PN melaungkan perkataan ‘reformasi’ dengan apa yang dianggap sebagai ‘perlian’ terhadap kedua-dua gabungan politik yang membentuk Kerajaan Perpaduan hari ini. Awal pagi tadi, penyokong-penyokong PN berselawat sambil melaungkan takbir “Allahu Akbar”. 

Reformasi adalah gerakan protes bermula pada September 1998 di seluruh negara oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas pemecatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pada November 2022, laungan reformasi bergema di pejabat Anwar di Jalan Gasing, selepas Istana Negara mengumumkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10. 

Dalam keadaan ‘reformasi’ yang sengaja dilaungkan penyokong PN, beberapa penyokong BN dan PH di sebelah jalan raya membalas provokasi berkenaan, namun tidak dapat dapat dijelaskan perkataan yang disuarakan. 

Bagaimanapun, penyokong BN dan PH memberitahu Utusan Malaysia, penyokong PN tidak sepatutnya bertindak sedemikian kerana ia dianggap tidak matang dan laungan reformasi ‘tidak sesuai’ dengan mereka. 

Sebentar tadi, Pegawai Pengurus, Abdul Haizul Faisal Abdul Hamid memaklumkan, berlaku saingan tiga penjuru di DUN Dusun Tua selepas  kesemua calon selesai mengemukakan dan menandatangani borang pencalonan pilihan raya. 

Calon-calon berkenaan daripada BN, Datuk Johan Abd. Aziz (calon nombor 1), calon daripada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Al Hafiz Ikhwan Mohamad Asaad (nombor 2) dan PN, Azhar Hambali (3). Proses penyerahan borang pencalonan berakhir pukul 10 pagi tadi. 

Dusun Tua disandang oleh Edry Faizal Eddy Yusof daripada DAP. Kerusi itu merangkumi 63 peratus pengundi Melayu, diikuti 28 peratus pengundi Cina, India (tujuh peratus) dan lain-lain (dua peratus).

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), kerusi itu pernah menjadi milik BN-UMNO (Ismail Sani), bagaimanapun, ketika itu beliau tewas oleh calon daripada Pas, Razaly Hassan. Pada PRU14 2018, Razaly pula tewas oleh Edry Faizal dengan majoriti 10,422 undi.

Difahamkan, DUN Dusun Tua yang terletak di dalam Parlimen Hulu Langat menjadi pertikaian antara UMNO dan DAP. 

Bendahari DAP Selangor, Dr. Ong Kian Ming sebelum ini dilaporkan memberi amaran bahawa memberi UMNO bertanding di kerusi itu boleh menyebabkan ketidakpuasan hati akar umbi DAP.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dilaporkan mengakui sedikit terkilan apabila kerusi Dusun Tua yang disandang parti itu diserahkan kepada BN.

Pun begitu, sebagai pertukaran kerana menyerahkan kerusi itu, DAP mencadangkan  supaya Yang Dipertua Negeri Selangor dilantik dalam kalangan bukan ADUN dan mencadangkan penyandang DUN Banting, Lau Weng San sebagai calonnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya