KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) malam ini tidak mempertaruhkan Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz sebagai calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan.
Ia berikutan nama beliau tidak diumumkan sama dengan 12 calon BN yang disenaraikan pada PRN Selangor.
Ketua UMNO Bahagian Kota Raja itu sebelum ini disebut-sebut bakal bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis.
Bagaimanapun, media sebelum ini melaporkan, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) itu tidak pasti namanya akan dicalonkan atau tidak dan beliau menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan.-UTUSAN










