PRN: BN mahu jamin kesejahteraan, bukan biar rakyat hidup susah

PRN: BN mahu jamin kesejahteraan, bukan biar rakyat hidup susah

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) mahu membentuk kerajaan negeri yang dapat menjamin kesejahteraan dan bukan membiarkan rakyat hidup dalam kesulitan dan kesusahan.

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, itu antara azam BN dalam memasuki enam pilihan raya negeri (PRN) pada Ogos ini

Selain itu, katanya, BN juga berazam mahu mewujudkan pentadbiran di peringkat semua negeri yang mengutamakan kestabilan dan bukannya yang suka membawa kepada perpecahan.

“Ketiga, membina kerajaan negeri yang berupaya untuk memupuk kerukunan dan memiliki nilai hormat sesama insan dan kita mahu melempiaskan keceluparan dan caci makian yang dibuat oleh setengah pemimpin di negeri tertentu

“Keempat, kita mahu membentuk kerajaan negeri yang berupaya menjamin pertumbuhan bukannya yang menjadikan tuhan sebagai alasan atas kemunduran dialami negeri berkenaan

“Kelima, kita mahu meuwjudkan kerajaan negeri mempunyai mempunyai keserasian serta persamaan dengan Kerajaan Persekutuan,” katanya ketika berucap pda majlis pengumuman calon BN malam ini.

Pada masa sama, Ahmad Zahid berkata, realiti dalam laman politik baharu yang berada di hadapan kita, ia tidak harus dicemari dengan alasan slogan agama dan perkauman yang sempit.

“Yang kita mahu wujudkan kestabilan sebagai satu jawapan untuk negara kita ini supaya menjadi lebih baik dan cemerlang,” katanya.

Terdahulu, BN mengumumkan gabungan itu bertanding 108 kerusi DUN daripada 245 kawasan pada enam PRN Ogos depan.

63 peratus calon dikemukakan merupakan calon muka baharu dengan 18 peratus adalah penyandang sedia ada dan dicalonkan semula.

Selain itu, 20 peratus pula adalah mereka yang pernah bertanding tetapi menawarkan diri untuk memastikan kesinambungan muka baharu dan lama.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN