PM arah syor penguasaan Bahasa Tamil

PM arah syor penguasaan Bahasa Tamil

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) menggalakkan pelajar untuk menguasai dan meneruskan pengajian Bahasa Tamil di dalam sekolah menengah kebangsaan.

Sehubungan itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan kepada KPM untuk mengkaji semula syarat bagi jumlah pelajar untuk mata pelajaran tersebut yang kini memerlukan 15 pelajar.

“Jika ada satu atau dua pelajar, akan ada masalah untuk menempatkan tenaga pengajar tetapi jika syarat untuk ada 15 pelajar pula ia sedikit sukar. Jadi saya akan mencadangkan pada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek untuk mengurangkan ia kepada hanya 10 pelajar.

“Saya mencadangkan kepada Fadhlina untuk membuat penyelarasan yang perlu. Walaupun kita tetapkan 10 pelajar tetapi jika ada sembilan atau 11 pelajar juga seharusnya dibenarkan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Persidangan Penyelidikan Antarabangsa Tamil Ke-11 di Universiti Malaya (UM), di sini hari ini.

Turut hadir sama selain daripada Fadhlina adalah Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar dan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, ini bagi memastikan setiap pelajar menguasai bahasa tambahan selain daripada bahasa kebangsaaan iaitu Bahasa Melayu.

“Pada era ini, menguasai bahasa tambahan adalah penting, minima dua bahasa. Ia menjadi kelebihan untuk Malaysia sekiranya pelajar menguasai dua atau lebih bahasa lain,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya