Penonton memang mahu lihat penyanyi bernada tinggi- Ajai - Utusan Malaysia

Penonton memang mahu lihat penyanyi bernada tinggi- Ajai

SHAH ALAM 29 Jan 2023 -Mas Idayu & Ajai yang menjadi juri Program Famili Duo separuh akhir yang diadakan di Plaza Alam Sentral, Shah Alam. - M Firdaus M Johari
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Komposer dan juri tetap Big Stage 5, Ajai tidak menafikan penonton program realiti khususnya mendambakan persembahan bernada tinggi daripada peserta berbanding penjiwaan.

Jelasnya, itu bukan hanya berlaku dalam kalangan peminat muzik tanah air sebaliknya, penonton seluruh dunia juga secara amnya sememangnya menilai kehebatan seseorang artis berdasarkan nada tinggi yang dipersembahkan.

“Kita tak boleh nafikan, penonton atau peminat muzik sentiasa mahu melihat seseorang penyanyi itu mempersembahkan lagu bernada tinggi. Itu adalah satu kebiasaan dan norma.

“Satu dunia pun memang suka dengan mereka yang mampu menyanyi nada tinggi. Tetapi bagi saya, penting ada jiwa. Bila menyanyi biarpun tidak bernada tinggi, ada kesedapan jiwa.

“Tinggi atau tidak, itu bukan perkara utama. Tetapi bagaimana penyanyi itu menyampaikan lagu sehingga meresap ke dalam jiwa setiap yang mendengar. Itu satu yang sukar sebenarnya,” ujarnya.

Ajai yang duduk di kerusi juri tetap bersama penyanyi, Aina Abdul itu juga menjadikan peserta dari Korea Selatan, Hoondoo sebagai contoh penyanyi yang mampu bermain dengan jiwa dan juga nada tinggi.

“Kelainan yang disampaikan Hoondoo itu yang menarik. Mereka banyak bermain dengan penjiwaan. Rasa itu penting.

“Bila mereka menyanyi, kita dapat rasa setiap bait lirik itu,” ujarnya.

Pentas Big Stage 5 Ahad lalu menyaksikan kemaraan enam peserta antaranya Nadeera Zaini, Waode, Hoondoo dan Aufahanie yang bakal berentap merebut kejuaraan.

Mereka bakal menyampaikan lagu pilihan sendiri bertemakan Ultinatum dan akan ‘bertarung’ dalam pusingan battle.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN