Pemuda OKU didakwa bunuh bapa kandung

Pemuda OKU didakwa bunuh bapa kandung

TERTUDUH dibawa keluar dari mahkamah selepas didakwa atas pertuduhan membunuh bapanya di Mahkamah Majistret Bentong, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Seorang pemuda orang kurang upaya (OKU) didakwa di Mahkamah Majistret Raub di sini hari ini atas pertuduhan membunuh bapanya antara 22 Jun hingga 24 Jun lalu.

Tertuduh, Kang Kong Chen,22, yang kelihatan tenang mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Qasiratul Jannah Usmani Othman. Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Menurut kertas pertuduhan pada 22 Jun hingga 26 Jun lalu di sebuah unit Flat Purnama di sini tertuduh didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian ke atas Kan Kok Chong,64. 

Tertuduh di dakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya S. Punitha manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 3 Ogos ini sebutan semula kes dan tertuduh perlu menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Permai, Johor.   

Baru-baru ini, media melaporkan misteri bau busuk di kawasan Flat Purnama di sini akhirnya terungkai apabila ia berpunca daripada mayat seorang lelaki yang menghuni sebuah unit flat di tingkat bawah kawasan berkenaan.

Lebih menyedihkan apabila mayat mangsa, Kan Kok Cheong, 64, ‘ditemani’ seorang anaknya yang dikategorikan sebagai OKU di dalam bilik rumah.

Susulan itu polis telah menahan anak mangsa selepas siasatan awal mendapati mangsa mengalami beberapa kecederaan di bahagian badan termasuk kesan terbakar. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN