Pemendekan tempoh lantikan Haim Hilman ekoran prestasi - KPT

Pemendekan tempoh lantikan Haim Hilman ekoran prestasi – KPT

Dr. Haim Hilman Abdullah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menjelaskan, pemendekan tempoh pelantikan Dr. Haim Hilman Abdullah sebagai Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) adalah berkaitan laporan prestasi kepimpinan beliau.

Dalam satu kenyataan KPT memaklumkan, laporan itu dikemukakan Lembaga Pengarah Universiti melalui surat bertarikh 16 Jun 2022.

Walau bagaimanapun, katanya, sebelum keputusan pemendekan diambil, satu
jawatankuasa ditubuhkan di peringkat KPT bagi meneliti dan menilai laporan yang diterima.

“Dalam hubungan ini, Dr. Haim Hilman dan beberapa orang pegawai kanan UUM dipanggil ke KPT pada 23 dan 29 September 2022 untuk memberi keterangan bagi menjelaskan perkara- perkara yang dibangkitkan bagi mencari kaedah penyelesaian terbaik demi kepentingan UUM.

“Kementerian sentiasa tegas dan komited dalam memastikan kepimpinan
universiti awam, bukan sahaja harus mempunyai kesarjanaan tetapi perlu
berupaya menjadi pemimpin institusi yang bijak mengurus kepelbagaian sumber dengan baik,” katanya hari ini.

Penjelasan KPT itu merujuk hantaran video yang sedang tersebar di media sosial berhubung kenyataan dikeluarkan Dr. Haim Hilman yang juga calon Perikatan Nasional
bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra.

Beliau mendakwa pemendekan tugas sebagai Naib Canselor UUM tanpa diberi sebarang sebab selain ada pihak yang mahu merebut jawatan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya