Pelaksanaan gaji minimum RM1,500 risiko inflasi naik - Rafizi

Pelaksanaan gaji minimum RM1,500 risiko inflasi naik – Rafizi

RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pelaksanaan gaji minimum sebanyak RM1,500 melibatkan majikan yang mempunyai kurang lima pekerja berkuat kuasa 1 Julai lalu berisiko kenaikan inflasi.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, namun beliau menjangkakan kenaikan itu tidak ketara kerana ia berlaku dalam keadaan trend inflasi yang semakin mereda sejak sembilan bulan lalu.

“Risiko (kenaikan inflasi) memang ada tetapi saya ingat semasa kerajaan membuat keputusan itu sebenarnya mereka telah menjalankan unjuran.

“Jadi ia berlaku dalam keadaan trend inflasi semakin mereda dan ia turun selama sembilan bulan berturut-turut dan inflasi sekarang untuk Mei adalah 2.8 peratus ialah paling rendah,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Ekonomi di sini, hari ini.

Katanya, apa yang penting kini adalah kenaikan inflasi dapat ditampung oleh kenaikan gaji yang setimpal dengan nilai kerja.

Rafizi berkata, apa yang berlaku sekarang ini adalah kenaikan gaji tidak dapat menanggung kenaikan harga barang.

“Sebab itu, kenaikan gaji minimum itu dapat menyeimbangkan kenaikan inflasi. Sebagai kerajaan, kita ada kenaikan gaji menerusi pelaksanan gaji minimum,” katanya.

Katanya, kerajaan juga akan berusaha mengimbangi risiko kenaikan inflasi pada tahap lebih sihat iaitu sekitar dua peratus.

Penguatkuasaan gaji minimum di bawah Perintah Gaji Minimum (PGM) 2022 itu melibatkan semua sektor termasuk perladangan, pertanian dan pembuatan kecuali perkhidmatan domestik dan aparentis.

Berdasarkan keputusan yang diumumkan kerajaan sebelum ini, penguatkuasaan tersebut ditangguhkan selama enam bulan berbanding tarikh awal yang ditetapkan iaitu 1 Januari 2023.

Pelaksanaan gaji minimum baharu itu telah diluluskan kerajaan pada 19 Mac 2022 dan diwartakan melalui Warta Kerajaan Persekutuan yang dikeluarkan Jabatan Peguam Negara pada 27 April 2022. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya