NEW YORK: Pelakon, Alan Arkin yang pernah membintangi filem Edward Scissorhands pada tahun 1990, meninggal dunia di usia 89 tahun.
Berita duka itu dimaklumkan anaknya-anaknya, Adam, Matthew dan Anthony Arkin menerusi satu kenyataan yang dikongsikan kepada CNN.
“Seorang suami, ayah, datuk dan moyang yang penyanyang, mendiang disanjung dan kehilangannya amat dirasai,” katanya.
Arkin memulakan kerjaya dalam bidang lakonan sekitar tahun 1951. Mendiang muncul dalam lebih 80 filem antaranya The Last Mohican pada tahun 1966, The In-Laws (1979), Million Dollar Arm (2014) dan banyak lagi.
Mendiang juga pernah dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Terbaik anugerah Oscar menerusi filem Little Miss Sunshine.