Pelaburan bitcoin: Polis tahan 10 warga asing

Polis tahan 10 warga asing ‘bekerja’ di pusat panggilan penipuan pelaburan bitcoin 

ZAM HALIM JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menumpaskan sindiket pusat panggilan penipuan pelaburan mata wang kripto menyasarkan warga China dalam serbuan di dua buah premis kondominium sekitar Cheras, kelmarin.

Operasi pada pukul 2 petang itu dijalankan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Cheras turut menahan 10 lelaki warga asing.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, kesemua mereka yang ditahan berusia 19 tahun hingga 41 tahun dipercayai pegawai khidmat pelanggan dan menggunakan aplikasi Telegram untuk menjerat mangsa.

Katanya, hasil semakan mendapati hanya suspek utama sahaja mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

“Sindiket ini dipercayai mengaut keuntungan sebanyak RM50,000 hingga RM100,000 sebulan.

“Mereka turut dipercayai aktif sejak Mei lalu dan pekerjanya akan mencari pelanggan bagi menawarkan pakej pelaburan matawang bitcoin,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, di sini hari ini.

Menurutnya, ahli sindiket akan menerima komisen sebanyak 10 sehingga 15 pelaburan dari setiap pelaburan yang dilakukan mangsa sindiket.

Jelasnya, serbuan tersebut turut merampas lima unit komputer riba, 21 buah telefon bimbit pelbagai jenama, sebuah unit modem dan sebuah unit route.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan dan disiasat bersama Seksyen 120B Kanun Keseksaan.

“Kesemua suspek telah ditahan reman selama empat hari bermula semalam sehingga Jumaat ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN