PDRM pantau kenyataan pemimpin parti berkempen PRN

PDRM pantau kenyataan dikeluarkan pemimpin parti ketika berkempen

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menempatkan pegawai penyiasat serta pasukan teknikal di semua enam negeri yang terbabit Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi memantau mana-mana individu termasuk pemimpin parti politik daripada mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengganggu keharmonian dan perpaduan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pemantauan bukan hanya melibatkan kenyataan 3R yang merujuk agama, kaum dan institusi raja, malah kempen secara maya atau kenyataan melalui media sosial yang menyentuh sebarang isu sensitif juga akan dipantau.

“Saya ingatkan sekali lagi, jangan mainkan sebarang isu sensitif dan perkara yang saya rasakan tidak perlu dinyatakan semasa berkempen, demi memastikan perpaduan dan keharmonian sesama masyarakat di negara kita sentiasa berada pada tahap terbaik.

“Pihak polis sendiri terdiri pegawai akan merakam ucapan serta pegawai penyiasat akan menjalankan pemantauan pada setiap masa di semua program kempen oleh mana-mana parti politik yang akan diadakan sepanjang PRN ini,” katanya di sini.

Sebelum ini, PDRM memaklumkan 40,000 pegawai dan anggotanya akan terbabit dengan pengawasan sepanjang PRN di enam negeri dengan 663 daripadanya ditempatkan di Pulau Pinang.

Pegawai dan anggota terbabit itu terdiri pasukan dari Bukit Aman dan kontinjen yang tidak terbabit dengan PRN.

Dalam pada itu, Razarudin berkata, langkah pemantauan akan dilaksanakan bermula hari penamaan calon pada 29 Julai sehinggalah hari pengundian yang dijadualkan 12 Ogos depan.

Tambah Razarudin, individu yang dikesan memainkan isu 3R melalui media sosial atau cuba menyebarkan sesuatu yang tidak benar juga tidak akan terlepas dari tindakan undang-undang.

“Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai supaya menjadi pengguna bijak dalam berkongsi pandangan atau pendapat menerusi media sosial tanpa menyentuh sebarang isu sensitif,” jelasnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya