Parti politik patut fokus satukan rakyat - MUDA

Parti politik patut fokus satukan rakyat – MUDA

SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) sedia menampilkan pemimpin Melayu yang tidak gentar untuk memartabatkan kaum lain dan pada masa sama terus melindungi kepentingan orang Melayu.

Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, dengan memartabatkan budaya meritokrasi, tidak akan menghapuskan Melayu tetapi melahirkan golongan Melayu yang boleh berdaya saing.

“Berbanding membezakan rakyat Malaysia berdasarkan bangsa dan agama, kita patut fokus untuk menyatukan Malaysia.

“Pemimpin Melayu dalam MUDA akan menjadi baka baharu pemimpin Melayu yang bukan sekadar menerima perbezaan kaum dan agama tetapi juga memartabatkan kelainan satu sama lain dan meritokrasi.

“Serangan ke atas golongan bukan Melayu adalah serangan kepada semua rakyat Malaysia dan sama juga serangan ke atas Melayu adalah serangan kepada semua rakyat. Masa depan kita adalah bergantung pada satu sama lain,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Sehubungan itu Syed Saddiq membidas kenyataan berunsur perkauman Tun Dr. Mahathir Mohammad yang mendakwa Perlembagaan Persekutuan tidak pernah menyebut Malaysia sebagai negara berbilang kaum.

Bekas Perdana Menteri itu berkata demikian ketika menafikan dakwaan mengatakan beliau kerap memainkan sentimen perkauman apabila kerap membangkitkan isu terkait orang Melayu.

Mengulas mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN), Syed Saddiq berkata, parti itu hanya akan bertanding 10 peratus daripada keseluruhan 245 kerusi di enam buah negeri terlibat..

“MUDA menyertai enam PRN itu untuk membawa politik baharu iaitu politik reformasi yang seolah-olah dilupakan pimpinan hari ini,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya