Netizen pertikai finalis Big Stage 5, peluang Firdaus 'dirampas' Putera? - Utusan Malaysia

Netizen pertikai finalis Big Stage 5, peluang Firdaus ‘dirampas’ Putera?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kemaraan peserta Big Stage 5, Putera Muhammad ke pentas akhir program tersebut menimbulkan pertikaian segelintir warganet yang menganggap penyanyi tersebut ‘merampas’ peluang peserta lain, Firdaus Rahmat.

Menerusi pelbagai ciapan di lama Twitter, Firdaus yang mendapat markah lebih tinggi (83 peratus) berbanding Putera (76.67 peratus) dikatakan lebih layak ke peringkat akhir Big Stage musim kelima itu.

“Firdaus sepatutnya ke peringkat seterusnya, sebab Ajai bagi markah berdasarkan persembahan malam tadi dan (persembahan) Putera memang teruk, pitching hancur,” kata pengguna akaun @kamalia72.

“Sebenarnya untuk malam ini, Firdaus Rahmat membuat persembahan lebih baik daripada Putera. Tetapi untuk material final, kita memerlukan Putera,: ujar seorang lagi pengguna @aynayonce.

Semalam, pentas separuh akhir Big Stage 5 menyaksikan kemaraan enam peserta ke peringkat finale sekali gus membenam impian Firdaus dan kumpulan Dem Lepak Boyz (DLB).

Dem Lepak Boyz yang dianggotai oleh Zaide dan Hazel yang menyanyikan lagu C.H.R.I.S.YE berduet bersama Ayie Floor 88 sekadar menerima 58 peratus markah sahaja.

Sementara itu, Firdaus menyanyikan lagu Stay duet bersama Ismail Izzani yang meraih pujian daripada juri tetap, Ajai dan Aina Abdul.

Dalam konsert bertemakan BBNU Pun Nak Pilih Jugak itu, peserta yang perlu berduet bersama penyanyi jemputan menyaksikan Nadeera menduduki tempat pertama.

Selain itu, Waode berada di tempat kedua, sementara HoonDoo pula cemerlang di tangga ketiga.

Pemenang Anugerah Dominasi Persembahan Terbaik minggu ini memihak kepada Nadeera yang membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000.

Enam peserta yang layak ke pentas akhir pada 9 Julai depan adalah Nadeera Zaini, Waode, HoonDoo, Aufahanie, Puteri Khareeza dan Putera Muhammad.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN